Yap Ah Loy Kongsi Gelap ?

Yap Ah Loy Kongsi Gelap ?

*9 Pertubuhan Cina mahu sejarah Yap Ah Loy diangkat –

Sapa tu.. sy x kenal,

Gangster kongsi gelap cina dari china 1800an byk kes peras ugut membunuh pengedar candu rasuah penceroboh tanah orang melayu dll.

Sultan Puasa patut di nobatkan pembuka awal kuala Lumpur

WAJIB diingatkan, ketamakan orang luar merebut kekayaan antara mereka, orang2 Melayu dikhianati. Ini perang/serangan yang wajib di ketahui:

1 Ghee Hin vs Hai San, Kelian2 Taiping
2 Yap Ah Lah vs Choong Ching Ampang KL
3 Raja Busu Lukut dibakar bunuh sebab minta 10% tax

Melayu pendatang

Rasa nak marah kan bila Cina dan India memanggil melayu pendatang. Nampak macam sengaja menghina.

Arwah Datuk saya keturunan Bugis, menetap di Riau. Selepas tamat diploma di Politeknik Shah Alam, ayah mengajak saya untuk melawat datuk di Riau.

Ketika melawat muzium saya pelik apabila melihat gambar Sultan Johor. Gambar Almarhum Sultan Johor dalam buku teks sejarah Tingkatan 4@5. (Rujuk Rajah 1)

“Eh, ni sultan Johor ni Tok.”

“Dulu moyang kita kerja dengan istana. Jadi panglima.”

Bila difikirkan kembali ada benarnya kerana Riau berada di bawah pemerintahan Sultan Johor ketika itu.

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya.

Dari masa dakwaan Malayu pendatang dari Indonesia.

Harus diingat Cina dan India yang mendakwa begini kerana mereka dibesarkan dengan silibus sejarah dari sekolah vernakular.

Lihat dari sejarah Kuala Lumpur sendiri.

Sejak saya mengetahui Kuala Lumpur dibuka Yap Ah Loy dalam buku Sejarah Sekolah kebangsaan, sungguh saya pelik. Dimana logiknya tanah didiami majoriti bangsa Melayu dibuka oleh pendatang dari China?

Kini para sejarawan sebenarnya sudah mengiktiraf Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur.

Sutan Puasa merupakan usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Sumatera, Indonesia.

Ini diakui Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia di Vancouver, Kanada, Terry McGee.

McGee sendiri banyak membuat penyelidikan mengenai proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Jika hendak dikatakan melayu pendatang sejujurnya agak kelakar. Kerana sebahagian Indonesia ketika itu adalah di bawah jajahan Johor.

Selalu menyertai pertandingan menulis memaksa saya untuk menggali jurnal sejarah. Menariknya percanggahan fakta sejarah wujud sejak dulu lagi.

Percanggahan ini biasanya berlaku kerana bangsa.
Sebagai contoh Kapitan Yap Ah Loy yang didakwa sebagai pengasas Kuala Lumpur. Namun disembunyikan fakta bahawa Yap Ah Loy juga merupakan ketua kongsi gelap yang membenarkan judi, pelacuran dan arak berleluasa di Kuala Lumpur.

Begitu juga fakta yang mendakwa Kuala Lumpur 3 kali hancur disebabkan melayu. (Rujuk Rajah 2)
Disembunyikan fakta bahawa Yap Ah Loy berperang dengan Chong- Chong demi mendapatkan jawatan Kapitan.

Begitulah, Raja melayu berebut kuasa, cina melihat peluang. Tak jauh berbeza dengan situasi MCA juga DAP.

Sebenarnya, sejarah amat seronok dibaca, apatah lagi dibaca dari penulis berbeza bangsa kerana anda pasti akan melihat percanggahan fakta.

Beberapa fakta menarik KL saya sertakan dibawah. Jangan menuduh saya ‘bias’ kerana sumber adalah dari penulis berbangsa selain saya yang melayu.

Fakta menarik Yap Ah Loy

1. Pada tahun 1860, Raja Asal telah menjadi ketua orang Melayu di Selangor, manakala Sultan Puasa telah bertanggungjawab sebagai ketua kampung di Ulu Klang, yang berperanan sebagai tempat perlombongan terpenting di Kuala Lumpur pada masa itu.

Sumber : J.M. Gullick, ‘The Growth Of Kuala Lumpur And Of The Malay Community In Selangor Before 1880’, h. 15

2. Yap Ah Loi monopoli penjualan Opium (dadah) dan hak eksklusif perjudian. (Rujuk Rajah 3; Sumber The Editor of Encyclopedia Britannica)

3. Residen Davidson turut menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan HC Syers untuk membantu Yap Ah Loy menewaskan penentang-penentangnya di kawasan Hulu Langat.

Sumber : Ernest Chew, ‘Frank Swettenham And Yap Ah Loy: The Increase Of British Political ‘Influence’ In Kuala Lumpur, 1871-1885’, h.73

4.Kedudukan Yap Ah Loy sebagai kapitan Cina di Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada beliau untuk berbaik-baik dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Yap Ah Loy diberikan hak melombong bijih timah di negeri Selangor. Yap Ah Loy turut diberi anugerah oleh Sultan yang membawa kepada gelaran Dato.

Sumber : L.F. Comber, ‘Chinese Secret Societies in Malaya: A survey of the Triad Society from 1800 to 1900’, h. 204

Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur

Seorang tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu. Tokoh yang disebut adalah Al-Marhum Haji Abdullah Hukum@Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.

Nama sebenar beliau Abdullah Rukun. Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba di Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam. Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini. Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh. Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul).

Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut (kini Batu Lima Gombak). Setiap orang boleh ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan.

Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang) dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ.

Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai ketua kampong selama 7 tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras.

Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar).

Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi. Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas.

Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar.

Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah. Ramai menyangka Yap ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas Kuala Lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga yang dilantik dan disokong oleh Tokoh pengasas dan pembesar dari kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: