Negeri Terakhir Jajahan British ?

Negeri Terakhir Jajahan British ?

Negeri Terakhir Jajahan British ? Negeri terakhir yang sukar dijajah oleh British. Masa zaman pihak British menjajah dahulu, negeri yang paling terakhir dan paling sukar mereka nak jajah adalah TERENGGANU, sebabnya wujud dua insan yang disegani oleh pihak British.

Beliau adalah Sultan Negeri yakni Sultan Zainal Abidin lll dan seorang lagi adalah orang kanannya yakni Tokku Paloh seorang Ulama Sufi.

Gabungan Umara dan Ulama

ini memang disegani british, Sultan Zainal Abidin lll seorang Sultan yang berjiwa Sufi. Beliau sangat taat kepada gurunya yakni Tokku Paloh. Apa² keputusan, beliau akan merujuk dahulu kepada Tokku Paloh.

Sultan Zainal berguru dengan ramai Ulama Sufi seperti Tok Sheikh Duyung , Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas, Habib Umar Al-Attas dan beberapa orang lagi.

Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayyid Abdul Rahman merupakan Penasihat dan juga orang kanan Sultan Zainal Abidin lll. Beliau diberi mandat secara khusus oleh Sultan Zainal Abidin lll untuk mentadbir Paloh. Tokku Paloh disegani ramai orang kerana keilmuannya dan kelebihannya yang diberi oleh Allah SWT. Tokku Paloh juga merupakan Nasab ke 36 Rasulullah SAW.

Selama hayat kedua insan ini Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, British tidak dapat menjajah Terengganu.
British bukan tidak pernah cuba menggertak Tok Ku Paloh. Sudah tentu pernah tapi ianya membuatkan British lebih gerun dengan Tokku Paloh. Pernah British datang meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, tapi baginda menyuruh British meminta izin pada Tokku Paloh.

Ketika mereka berjumpa Tokku Paloh, orang² British panik bila punggung mereka melekat di kerusi sedangkan kerusi itu tidak diletak apa². Ketika itu Tokku Paloh menyindir mereka dengan berkata, “dah lah datang nak ambil tanah, kerusi saya pun nak ambil juga ke?”.

Selepas kejadian itu pihak British berang dan membuat keputusan untuk membawa armadanya untuk menakutkan Sultan Zainal Abidin lll dan Tokku Paloh. British dengan puluhan kapalnya sengaja mempamerkan kekuatan tentera lautnya di pantai Terengganu.

Ketika itu Tokku Paloh hanya menyengetkan serbannya. Habis semua kapal British hura-hura seketika kerana kapal mereka tiba² senget seperti dipukul ombak besar yang kuat.

Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara. Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran.

Orang ramai menjadi gempar dan cemas dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tokku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tokku Paloh dan bersama orang-orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Sheikh Ibrahim dan Tok Pelam serta pengikut-pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai.

Operasi rondaan itu berjalan siang dan malam. Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau dan semua armadanya berundur. Mengikut laporan angkatan perang British, mereka nampak ‘beribu-ribu’ pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas.

Selepas kematian Tokku Paloh pada tahun 1917, diikuti pula dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1918. Setahun berikutnya iaitu pada tahun 1919, barulah British berjaya menjajah Terengganu dengan perlantikan J.L. Humprey.

Semoga Allah SWT Merahmati Roh Sultan Zainal Abidin lll dan Tokku Paloh yang pertahankan Terengganu Darul Iman.

Perang Tanah Merah – Pendang

Tercetus pada 1876 mengakibatkan kejatuhan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah – Pasai Ma di zaman Sultan Syed Jaafar Maadzam Shah @ Long Jaafar – Raja Larut sebagai Yang Di Pertuan.
Nagara Kedah di jajah selama 5 tahun sebelum terbentuknya Negeri Kedah Darulaman pada 1881 dan Wan Muhamad Saman menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah yang pertama dan terakhir.
Di ceritakan pada Peperangan ini, seluruh sungai di Kedah mengalirkan air berwarna merah kerana membawa bersama darah para Syuhadah tentera Fisabilillah Islam Siam Nagara Kedah dan Sukothai serta British.

Pada Peperangan ini juga , anak saudara Sultan Syed Jaafar @ Long Jaafar iaitu Syed Ibrahim ( Ayahanda Syed Sheikh Abdullah Fahim ) turut terkorban dan di Makamkan di Kubor Panjang Pendang Kedah.
PENDANG @ PEN-DANG merujuk kepada BUNYI SENAPANG dalam Bahasa Siam Kedah yang masih di tutur di beberapa kawasan hingga sekarang.

PERANG MUSUH BISIK edisi terakhir ini adalah rentetan kepada Peperangan berterusan oleh Musuh Bisik bermula dari Thoung – O @ Burma, Ayuthia, Kemboja Champakasari dan Kota Mengkuang iaitu pada 1786 – 1821 iaitu sama masa dengan Penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat British Hindia Timur di bawah seliaan Sir Franchise Light oleh Raja Abdullah, Raja bagi Daerah Pulau Pinang, bukanya Sultan seperti yang di dakwa sejarah kebiasaan.

PERANG MUSUH BISIK ini merupakan titik permulaan kemasukan British selepas kerjasama Sukothai/British Hindia Timur melalui penyerahan Pulau Pinang sebagai ganjaran.
BRITISH TIDAK MENJAJAH

Pegawai British yang bertanggungjawab sebagai wakil British di Kedah ialah Penasihat British.
Penasihat British yang pertama W.G. Maxwell pada peringkat awalnya menghadapi kesulitan dalam melaksanakan dasar imperialisme British akibat tekanan golongan elit Melayu di Kedah.
British hadir sebagai Penasihat yang di hantar oleh Raja Chula Longkorn apabila Almarhum Sultan Abdul Hamid di lantik sebagai Sultan Pertama Negeri Kedah Darulaman pada 1882 ( Kedah Modern ) atas persetujuan Raja Chula Longkorn berikutan perkahwinan Puteri beliau dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah bernama Che Puan Manjalara, Bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.
Pada tahun 1876 masihi ini juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang Kedah.
Di Bukit Raya ( Bukit Raja ) daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad.
Baginda dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar Pendang.

Begitulah adanya riwayat duka dalam Sejarah Nagara Kedah yang di timbus apabila Kemusnahan Nagara Kedah telah turut memusnahkan riwayatnya lalu diganti dengan riwayat palsu bagi mengaburi dan melindungi pihak berkepentingan.

ASIA UNTUK ORANG ASIA
Kemasukan dan Kependudukan Jepun dalam masa yang sangat singkat di Negeri Kedah membawa bersama slogan Asia Untuk Orang Asia bagi mengusir kemasukan British ke Asia.
Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat pada 1943, di atas nasihat Ketua Penghulu Negeri Kedah ( cucu Long Jaafar ) maka Sultan Badlishah di perkenan sebagai Pengganti dan di Tabal di Balai Besar @ Brahman Indera sebagai Sultan Negeri Kedah Darulaman ke-2 sekaligus menyambung legasi MERONG MAHA WANGSA melalui darah ibu Baginda iaitu Sharifah Sofiah.
Kesinambungan ini berterusan kepada Putera Baginda ( Sultan Sekarang ) Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Berjiwa Rakyat.
Gambar yang diambil di Alor Setar pada 1939 menunjukkan Sultan Abdul Hamid, Cik Menjalara ( Ibu Tunku ) Tunku Abdul Rahman, Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad Nerang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: